Saturday 19 October 2013

Makkah journey (pt8) - Mina

Mabit Mina & Melontar Jamrah
Alhamdulillah tiba kami di Mina pada awal pagi 10 Zulhijjah 1434H dimana kami terus dibawa masuk ke khemah untuk segera melaksanakan solat Subuh yang hampir luput.
Setelah itu kami berehat di dalam khemah dan meneruskan ibadat masing2 sementara menunggu waktu melontar yang dijadualkan selepas Maghrib bagi KT38. Namun terdapat juga beberapa jemaah yang ingin mengejar waktu dhuha dan terus menuju tempat melontar pada pagi 10 Zulhijjah tersebut. Setelah selesai melontar Jamrah Aqabah pada 10 Zulhijjah, jemaah bolehlah bergunting. Dengan itu terhasillah Nafar Awwal dimana jemaah telah bebas dari 10 larangan ihram. Walaubagaimanapun, masih ada 3 larangan ihram yang berbaki iaitu larangan bernikah, menikahkan & persetubuhan suami isteri.
Selepas jemaah selesai melontar hari pertama, laungan talbiah telah digantikan dengan takbir hari raya. Hati amat tersentuh dan dikala inilah airmata berlinangan mengenangkan bilakah lagi akan mendapat peluang panggilan istimewa ini lagi dari Ilahi. Ma shaa Allah!
Masuk hari ke-2, 11 Zulhijjah 1434H. Kami dijadualkan untuk melontar pada waktu malam seperti sebelumnya. Namun setelah mendengar tazkirah Maghrib pada malam sebelumnya, dikatakan waktu paling afdal melontar adalah seperti berikut :
10 Zulhijjah (Jamrah Aqabah/Kubra) :- Waktu dhuha
11, 12, 13 Zulhijjah (Jamrah Sughra, Wusta, Aqabah/Kubra) :- Gelincir matahari (Zuhur) hingga terbenam matahari (Maghrib)
Kami terus mengubah jadual kami dan keluar melontar pada jam 4.30ptg bersama jemaah dari timur tengah. Kami tiba di jamrat pada jam 5.30ptg dan selesai lontaran pada jamrah ketiga beberapa ketika sebelum laungan azan Maghrib. Alhamdulillah
Hari ke-3, 12 Zulhijjah 1434H... Kami keluar melontar seawal jam 9 pagi kerana dikatakan waktu paling afdal berdoa ialah ketika terbit matahari dan antara tempat mustajab berdoa adalah di ketiga-tiga jamrat. Wallahualam
Masuk hari terakhir, 13 Zulhijjah 1434H... kesemua jemaah begitu bersemangat untuk keluar melontar bagi menyempurnakan wajib haji yang terakhir. Ada yang keluar seawal 4 pagi dan menunggu azan Subuh di sekitar jamrah. Selesai bersolat mereka terus menyempurnakan wajib haji yang terakhir tersebut.
Bagi kami, KT38 dijadualkan keluar melontar pada jam 5.30 pagi maka kami menunggu di khemah untuk menunaikan solat fardhu Subuh dan terus keluar selepas itu.
Tiba di jamrah pertama, hati begitu sebak. Perasaan yang tidak dapat ditahan.  Perasaan bercampur baur - sedih, gembira, sayu, ......
Kami teruskan melontar untuk diri kami dan untuk 2 org makcik uzur di khemah yang saya tolong wakilkan dari hari pertama - Tok Jariah bt. Ibrahim dan Mami Hawa Bee bt. Umar..
Masuk jamrah ke-3, perasaan sebak tidak dapat ditahan lagi. Airmata terus keluar seperti bayi baru dilahirkan. Tersangat sayu rasanya mengenangkan akan meninggalkan bumi Mina dalam sekejap masa lagi tanpa mengetahui adakah akan sampai lagi ke Tanah Haram yang suci ini. MashaAllah. .
Doa diiringi selepas selasai melontar di Jamratul Aqabah/Kubra ataupun dikenali juga sebagai Big Jamarah...
Sayu - akan meninggalkan bumi mina
Gembira - selesai wajib haji yang terakhir
Bersyukur - dikurniakan peluang menunaikan haji
Sebak - adakah akan dijemput lagi??!
Selesai berdoa kami terus berjalan menuju terowong Muaisim sejauh kira-kira 3 km menuju ke perkhemahan Mina maktab 100. Jumlah jauh perjalanan pergi - balik berkemungkinan dalam 5 km. Tidak terasa jauhnya apabila berjalan bersama ribuan umat manusia yang semuanya dambakan keredhaan Tuhannya yang 1 - Allah ta'ala

2 comments:

  1. Maasya Allah.Alhamdulillah...vv good presentation Ninei. .Ayah Sebak! Mengalir keluar juga air mata, teringat peristiwa yg ayah alami, memikirkan "adakah kesemua anak ayh Akan dapat mengerjakan rukun Islam ke Lima ini". Macam tidak ada gunanya mak ayah mengejar Syurga sekiranya ada anak2 keinggalan dan lagho. Semua kita perlu bertemu di Syurga.

    ReplyDelete