Sunday 13 October 2013

Makkah journey (pt4) - Ziarah Makkah

Ziarah Kota Makkah

26 September 2013.. Ziarah pertama kami anjuran Tabung Haji. Dengan bayaran sebanyak SR25, kami dibawa ke beberapa tempat bersejarah mekah dan dipimpin oleh seorang mutawwif berasal dari Tanah Merah Kelantan yang kini menetap di Madinah.

Kami bergerak meninggalkan hotel seawal 7.30 pagi dan menuju terus ke Jabal Thur (Bukit Thur). Disini merupakan tempat Nabi Muhammad s.a.w bersembunyi dari kaum kafir Quraish yang berniat membunuh Baginda.

Seterusnya kami dibawa ke Arafah (Jabal Rahmah) dimana adalah tempat terakhir Baginda s.a.w menyampaikan khutbah wada' (terakhir) sebelum baginda wafat. Disini juga merupakan tempat ayat Al-Quran yang terakhir turun. Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa disinilah tempat Nabi Adam dan Siti Hawa dipertemukan setelah berpuluh-puluh tahun terpisah dan memohon keampunan di atas dosa mereka. Untuk itu adalah amat digalakkkan agar umat Islam berdoa memohon keampunan kepada Allah disini. Waktu yang di katakan paling munajab doa adalah pada hari Arafah, 9 Zulhijjah sewaktu hampir terbenam matahari. Wallahualam Insyaallah. .

Kemudian kami dibawa pula ke Muzdalifah (tempat mabit dan mengutip anak batu untuk melontar) dan ke Mina dimana berjuta umat Islam akan berkumpul untuk menyempurkan wajib Haji iaitu melontar Jamrah pada 10, 11, 12 & 13 Zulhijjah. Terdapat 2 kawasan Mina iaitu Mina Jamrat dan Mina Muaisin dimana kawasan Mina Jamrat adalah lebih dekat dan terletaknya khemah-khemah VVIP manakala pihak Muassasah biasanya akan berkhemah di kawasan Mina Muaisin yang terletak lebih kurang 3.5 km dari tiang tiang Jamrat.

Seterusnya kami ditunjukkan Jabal Nur dimana pada Nabi berusia 40 tahun, Baginda telah bertapa di Gua Hira' dan disinilah juga tempat turunnya wahyu Allah yang pertama iaitu Surah Iqra'.

Akhir sekali kami dibawa ke Ja'ranah iaitu merupakan tempat Miqat bagi Baginda s.a.w yang jaraknya 30km dari kota Mekah. Dikatakan sekiranya bermiqat disini untuk membuat umrah akan mendapat pahala 7 kali umrah. Insya Allah

No comments:

Post a Comment