Wednesday 23 October 2013

Makkah journey (pt10) - Tawaf & Sa'ie rukun

Tawaf & Sa'ie Rukun Haji
Syukur alhamdulillah. . Kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas kurniamu. Tiada anugerah yang lebih baik melainkan jemputanmu mengerjakan rukun Islam ke-5 ini. Dan tiada lain yang kami dambakan melainkan sebuah Haji yang mabrur. Haji yang tiada lain balasannya melainkan Syurgamu Ya Allah.  Ma shaa Allah. .
Syukur alhamdulillah akhirnya selesai kami mengerjakan yang rukun iaitu Tawaf & Sa'ie Haji. Maka dengan itu selesailah semua kerja-kerja Haji sepertimana digariskan di dalam kitab dan hadismu Ya Allah. Dengan selesainya tugasan Haji ini tidak bermakna kami dengan bangganya boleh membawa "title" Haji atau Hajjah di hadapan nama kami.. tugas kami lebih besar.. kami perlu teruskan segalanya yang baik walaupun setelah kembalinya kami ke tanah air nanti.
Maksud Haji mabrur yang sebenar bukanlah diukur dari sebanyak mana Umrah yang dia lakukan.. mahupun sebanyak mana solat yang dia dapat kerjakan di Masjidil haram. . Tidak juga sebanyak mana sedekah yang dia hulurkan pada faqir-faqir miskin di Tanah Haram yang mulia ini.... tetapi kemabruran haji yang sebenar diukur atas tahap keikhlasannya beribadat kepada Allah s.w.t dan seterusnya beristiqamah sekembalinya ke tanah air nanti. Adakah dia akan terus berpuasa Isnin dan Khamis? Adakah dia akan terus menghulurkan sedeqah dan bantuan pada yang memerlukan? Adakah dia akan terus berkata-kata yang baik? Adakah takkan lekang dari bibirnya menyebut zikrullah? Adakah dia akan berubah menjadi manusia yang sebenar-benarnya manusia yang dicintai Allah??? MashaAllah. .. Kau golongkan aku di dalam orang-orang mukmin ya Allah.  Amin ya Rabb.....
Tak dapat banyak boleh saya katakan di sini. Hati terlalu sebak memikirkan masa yang semakin singkat untuk meninggalkan bumi Haram yang mulia ini. Terlalu sayu dan pilu. Tinggal beberapa hari saja lagi... hari ini Rabu. Esok Khamis. Sabtu pengumpulan bagasi. Isnin Tawaf Wada'..... yakni tawaf Selamat tinggal..............entah bila akan berpeluang ke rumah Allah lagi...............

No comments:

Post a Comment