Saturday 21 September 2013

The ultimate journey

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim. .
Ingin saya meluahkan rasa bersyukur yang tak terhigga pada Allah s.w.t kerana telah memberi peluang kepada kami dengan menjemput kami insan lemah ini ke rumahmu ya Allah...
It is such a long wait .. tetapi penantiannya amat berbaloi!
Kami telah selamat melapor diri di Kelana Jaya hari ini. Proses alhamdulillah lancar. Pergerakan para jemaah menaiki bas ke KLIA dari Kelana Jaya berjalan sepertimana dirancang.
Terima kasih tak terhingga pada rakan sahabat dan keluarga yang bersusah payah menghantar kami baik dirumah mahupun di KJ. It really meant a lot to us. Syukran!
Insyaallah akan tiba di KLIA beberapa minit lagi. Konvoi sekurang-kurangnya 10 buah bas diiringi polis trafik begitu lancar. Syukur alhamdulillah.
Mohon semoga Allah permudahkan perjalanan kami dan mengurniakan Haji yang mabrur.
In shaa Allah

No comments:

Post a Comment