Saturday 2 November 2013

Makkah journey (pt12) - Summary

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Segala puji bagi Allah. Tuhan sekalian alam..

Terdapat 3 jenis kerja Haji yang diringkaskan seperti berikut :

1. Haji Tamattuk : Umrah dahulu kemudian Haji
2. Haji Ifraf : Haji dahulu baru Umrah
3. Haji Qiran : Haji dan Umrah dikerjakan serentak

Kesemua kerja Haji harus dilaksanakan di dalam bulan-bulan Haji iaitu daripada 1 Syawal hingga 30 Zulhijjah.

Berikut ringkasan kerja Haji bagi yang melakukan Haji Tamattuk  :-

UMRAH

1. Niat
Sekiranya memasuki Mekah dahulu, harus siap berpakaian ihram di Malaysia kerana tempat bermiqat (niat Umrah) adalah di Qarnul Manazil (80km dari kota suci Mekah).
Sekiranya memasuki Madinah dahulu, boleh berpakaian ihram di Madinah dan berniat umrah di Bir Ali.

2. Tawaf & Sa'ie
Setelah tiba di Masjidilharam, harus mengerjakan Tawaf & Sa'ie sebanyak 7 pusingan. Sa'ie tidak sah sekiranya tawaf tidak sah.

3. Bercukur / bergunting
Hendaklah menggugurkan rambut barang 3 helai atau mencukur bagi lelaki bagi melepaskan keseluruhan larangan ihram

HAJI

1. Niat
Pada 8 Zulhijjah, hendaklah berniat ihram Haji sebelum keluar ke Tanah Halal Arafah

2. Wuquf di Arafah (rukun)
Berada walau seketika di Arafah dari gelincir matahari (Zohor) pada 9 Zulhijjah hingga terbit fajar 10 Zulhijjah

3. Mabit di Muzdalifah
Berada di Muzdalifah selepas setengah malam 10 Zulhijjah

4. Mabit di Mina
Bermalam di Mina (lebih setengah malam) pada malam-malam 11, 12 & 13 Zulhijjah.

5. Melontar Jamrah
- Melontar Jamrah Aqabah pada 10 Zulhijjah
- Melontar ketiga-tiga jamrah (Sughra, Wusta & Aqabah)

6. Tawaf & Sa'ie rukun
- Tawaf baitullah 7 pusingan
- Sa'ie dari Bukit Safa ke Bukit Marwah

No comments:

Post a Comment