Friday, 18 October 2013

Makkah journey (pt9) - Masha'er

Operasi Masha'er
Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah
Kesyukuran dipanjatkan ke hadrat ilahi.. setelah 6 hari 5 malam kami berjaya menempuh operasi Masha'er yang begitu mancabar dan menguji kesabaran dan keimanan setiap jemaah haji. Pelbagai ragam dapat dilihat dan seterusnya dapat dipelajari daripada setiap saat saya berada di Arafah - Muzdalifah - Mina
Pelbagai isu timbul sepanjang berada di Tanah Halal Arafah & Tanah Haram Muzdalifah dan Mina antaranya isu penempatan khemah.. rakan se-khemah.. cuaca kering dan panas.. aircond rosak.. kesesakan tandas.. merokok dalam khemah.. hilang barang.. dan sebagainya. Tidak ketinggalan rungutan - gelak tawa - gurau senda setiap kali waktu makan dan macam2 lagi ragam jemaah haji.
Namun misi kami satu - mencapai haji yang mabrur. . Iaitu haji yang diterima Allah yakni balasannya syurga. Ma shaa Allah!
Dapat saya saksikan kesungguhan para jemaah beribadat, berzikir, bersolat dan berdoa memohon keampunan Nya. Kami insan yang terlalu kecil dan tiada lain tempat untuk memohon melainkan dengan Allah s.w.t
Semoga Allah mendengar rintihan hati kami dan mengurniakan haji dambaan kami.. Haji yang mabrur.
Amin ya Rabb
That's our Ustaz Shafi'ee Kasa from TH Penang.. and opss. kak Ida..my soon to be Madinah hotel mate

1 comment: