Tawaf Wada'
28 Oct 2013 - It's finally it... hari terakhir di Kota Suci Makkah. Kota yang penuh barakah. Kota yang dijanjikan pelbagai syafaat oleh Allah s.w.t.
Seawal jam 2pg, kami bersiap-siap untuk ke Masjidilharam. . Kami harus melakukan wajib haji yang terakhir - Tawaf Wada'. Tawaf Wada ialah tawaf selamat tinggal. Wajib dilakukan oleh sesiapa sahaja yang mengunjungi baitullah dan akan meninggalkan nya sejauh 2 marhalah atau lebih. Kalau tak dikerjakan, Haji tetap sah namun berdosa jika sengaja. Nauzubillah. ..
Tepat jam 3pg kami terus melakukan tawaf Wada' di dataran Ka'abah. Betul kata Ustaz Shafiee. .. inilah dia tawaf yang paling sayu..... 7 pusingan dirasakan terlalu cepat. Kalau boleh dibekukan masa, kami mahu bekukan. Tapi sesuatu yang telah dimulakan harus diakhiri biarpun pahit. Doa kami hanya satu.. "Ya Allah ya tuhanku, jangan kau jadikan tawaf ini tawaf yang terakhir buatku.. Kau jemputlah kami lagi ke rumahmu Ya Allah"
Selesai 7 pusingan, kami berundur beberapa langkah. Adalah biadap kiranya belakang dipalingkan ke baitullah yang suci. Setelah berundur, kami mencari-cari tempat untuk solat sunat tawaf dan tempat untuk berdoa buat kali terakhir untuk kali ini. Syukur alhamdulillah seperti diatur, satu ruang kosong bagai "disediakan" khas untuk kami di hadapan Multazam. Kami terus bersolat pengakhiran dan berdoa sepuas-puasnya seperti tiada lagi peluang selepas ini.
Selesai berdoa, bilal melaungkan azan subuh pertama.. jam 4 pagi... terlalu sayu kerana kami tidak dapat menunggu untuk bersolat subuh yang dijadualkan masuk waktu pada jam 5 pagi. Kami terpaksa meninggalkan Masjidilharam dengan segera. Apa-apa amalan sunat yang lain akan membatalkan tawaf Wada' tadi.
Sebelum jam 5, kami tiba di maktab. Sebaik azan Subub berkumandang, terus kami kerjakan solat Subuh di surau M. Terlalu sedih.
Jam 6 pagi, deretan 10 buah bas yang akan membawa jemaah KT38 ke Madinah telah bersedia di perkarangan maktab. Kami mengisi beg kami dengan hati yang berat dan sayu. Mohon Allah jemput kami
lagi.
lagi.
Insyaallah.. Aminn...
## Tepat jam 7pg, bas kami bergerak menuju Madinah.. Bismillahirrahmanirrahim
## Pic : With pretty gals of Maktab 100. U girls awesome
No comments:
Post a Comment