Ziarah Hudaibiah
28 September 2013, ziarah ke-2 kami anjuran TH yang akan membawa kami melihat ladang ternakan unta, Muzium Haramain dan Masjid Hudaibiah. Ziarah ini merupakan ziarah yang paling pendek tetapi tetap bermakna.
Kali ini kami dipimpin oleh seorang mutawwif kelahiran Pattani yang kini tinggal di Kota Suci Mekah. Beliau menggunakan dialek kelantan/siam sepanjang ziarah yang kadangkala menjadi penyebab geli hati dikalangan kami yang memahami bahasa tersebut ..I.e Murih=marah :)
Jam 11pagi kami dibawa terus ke tempat ternakan unta di tepi lebuhraya menuju ke Masjid Hudaibiah. Disana kami dapat lihat bagaimana unta dibela di tengah padang pasir yang begitu panas tanpa sepohon pokok atau peneduh pun yang melindungi mereka. Ma shaa Allah. Susu unta juga diperah dan dijual pada harga SR5 sebotol (kecil).
Kemudian kami dibawa ke Masjid Hudaibiah dimana tempat Nabi Muhammad s.a.w membuat perjanjian Hudaibiah. Kami sempat menunaikan solat zohor di Masjid Hudaibiah pada jam 12.15 tghr.
Akhir sekali kami dibawa ke Muzium Haramain (Muzeum of the Two Holy Mosques) dimana dipamerkan barang-barang bersejarah berkaitan Masjidilharam dan Masjid Al-Nabawi Madinah. Lawatan hanya mengambil masa 10-15 minit sahaja dan alhamdulillah kami sempat mempelajari dan melihat barang bersejarah seperti binaan Ka'abah dsb.
Kami dibawa semula kembali ke maktab selepas itu. Alhamdulillah
Alhamdulillah.Syukur
ReplyDelete