Wednesday 30 December 2015

Puding roti

Puding Roti Karamel .
SANGATT SNGAT SEDAP Mudah dan senang buat

Bahan-bahan
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - pukul dan di tapis
1 cawan air suam1 cawan susu cair
3/4 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara
Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang . Masak dengan api kecil ea.
Kemudian masukkan 1 sudu besar air panas, hati-hati kerana gula mudah meruap. kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang.
Ketepikan.Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam)
.Sejukkan dahulu barulah di potong dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment